RTM PAHANG

                        SEJARAH PERKEMBANGAN DAN SEMASA

JABATAN PENYIARAN NEGERI PAHANG

Sejarah penyiaran radio di Malaysia bermula pada tahun 1921 apabila seorang Jurutera Elektrik Kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke Negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur. 

Bermula dari tahun 1966 hingga 1973 stesen RTM Kuantan berfungsi menyalurkan siaran-siaran Rangkaian Nasional dan Rangkaian Biru ke Negeri Pahang menerusi gelombang sederhana :

370 meter / 810 KHz - Rangkaian Nasional (Bahasa Malaysia)

263 meter / 1143 KHz - Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris)                                                                          

 KDYMM Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah telah merasmikan  stesen RTM Kuantan  pada 10 Februari 1968.

Maka di sinilah bermula era baru dunia penyiaran di Negeri Pahang DarulMakmur. Pada tahun1974, RTM  Kuantan telah dinaikkan taraf sebagai sebuah stesen penyiaran dengan  wujudnya siaran tempatan.

 Mulai Mac1974 siaran  tempatan dari Kuantan memuatkan program  pembangunan, hiburan dan agama berjumlah 45 minit siarannya setiap hari. Siaran tempatan meningkat kepada 75 minit sehari bermula pada tahun 1977. 

Pada tahun 1980 diwujudkan siaran pada waktu pagi dari jam 8.35 pagi hingga 9.00 pagi.  Pada tahun 1993, masa siaran meningkat kepada 15 jam sehari bermula dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 malam. 

Stesen pemancar diwujudkan di Kuala Lipis pada tahun 1974 dan di Jerantut pada tahun 1977. Pada tahun 1981, seorang pegawai ditugaskan mengetuai stesen penyiaran(di kenali sebagai Ketua Stesen kemudian dinaik taraf sebagai Pengarah Penyiaran). Pada tahun 1982 seorang pegawai kejuruteraan ditempatkan untuk mengetuai bahagian kejuruteraan yang dikenali sebagai Jurutera Penyiaran. 

                                     

  PERASMIAN BANGUNAN LAMA RTM PAHANG PADA TAHUN 1968

 

 

 ANTARA PENGARAH YANG PERNAH MENERAJUI RTM PAHANG DARI DULU SEHINGGA KINI

  

  PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH PADA

TAHUN 2007

porn Porn