13 FEBRUARI 2018 

Selepas FELDA Lurah Bilut di bentong, dua lagi wilayah Felda di Pahang iaitu wilayah FELDA Kuantan dan Jengka bakal dibangunkan di bawah Inisiatif Felda 2.0 tahun ini. 

Menurut Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, pihaknya masih menunggu keputusan daripada pengurus besar wilayah bagi mengenalpasti lokasi khusus yang akan dipilih. 

  2 Wilayah Felda itu merupakan antara 5 wilayah yang bakal dibangunkan di seluruh negara pada tahun ini. 

Untuk tujuan itu sebanyak 20 juta Ringgit diperuntuk bagi menaiktaraf kawasan felda terlibat. 

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik Tanah Peneroka Felda Chini 3 dan 5  di Pekan. 

Seramai 229 peneroka dari dua tanah rancangan Felda menerima hak pemilikan tanah masing-masing. 

 

Sementara itu katanya, setakat ini 87 peratus penyerahan suratan hak milik tanah peneroka felda telah pun selesai diserahkan kepada pemilik.

#RAR