PELATIH ECRL
 
Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang juga universiti latihan utama dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi mengendalikan Program Latihan Kemahiran Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL), akan mengambil seramai 700 pelatih baharu, tahun ini.
 
Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab UMP melatih seramai 3 ribu 600 penuntut menjelang 2022.
 
Pengarah Akademi Industri Rel UMP, Dr Fadzil Mat Yahaya berkata, sebagai permulaan seramai 138 penuntut telah dilatih bagi pembinaan ECRL menerusi kerjasama Malaysia Rail Link dan China Communications Construction Company.
 
Pada awal Januari lalu, seramai 30 pelatih terpilih dalam pengambilan pertama 2018 manakala pengambilan seterusnya pada suku kedua tahun ini.