WACANA DIRAJA
 
Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) akan menganjurkan Program Wacana Diraja: Raja Perlembagaan dan Patriotisme pada 21 Februari depan.
 
Presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, wacana itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya berkaitan fungsi perlembangaan negara dan peranan patriotisme serta kedaulatan Institusi Diraja.
 
Menurutnya, idea penganjuran wacana ini tercetus dalam pertemuan dengan Pemangku Raja Pahang,Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah selepas melihat perkembangan semasa, berkaitan kekurangan kefahaman berkaitan kepentingan institusi diraja.
 
Malah kajian yang dibuat selama 3 tahun melibatkan hampir 2 ribu respondan berumur antara 19 hingga 29 tahun mendapati, semangat patriotism dikalangan mereka masih rendah.