OPERASI LESEN MPK

 
Jabatan Kawalan Perniagaan dan Perlesenan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) giat mengadakan operasi bagi memastikan  semua premis perniagaan di daerah ini memperbaharui lesen.
 
Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, operasi semakan lesen itu bermula pada Isnin lalu sehingga 31 Januari ini.
 
Menurutnya, tindakan kompaun akan dikenakan ke atas premis yang tidak mempunyai lesen dan kegagalan memperbaharui lesen.