Dollah Salleh mahu skuad Pahang memanfaatkan
kelebihan beraksi di Stadium Darul Makmur,
Kuantan apabila melayan Perak dalam saingan
Kumpulan C Piala Malaysia, malam ini.

Pengendali Tok Gajah itu berkata, dua
perlawanan berturut-turut di laman sendiri
perlu disempurnakan dengan kejayaan mengutip
enam mata maksimum.

Selepas menang 3-1 ke atas Pulau Pinang Sabtu
lalu, skuad tok gajah katanya tidak boleh
kehilangan mata di tempat sendiri meskipun
Perak berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Ditanya persediaan menentang Perak yang juga
naib juara Piala FA musim ini, Dollah berkata,
aksi lambat panas dan beberapa kelemahan
ketika menewaskan Harimau Kumbang diharap
tidak diulangi anak buahnya.

Justeru, katanya, jentera serangan diketuai
Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi diharap
lebih padu untuk membantu pasukan.