Seorang wanita melecur selepas tong gas memasak
meletup dalam kejadian di rumahnya di Kota
Sultan Ahmad Shah (Kotasas) di Kuantan,
semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul
berkata, pihaknya menerima laporan berhubung
kejadian itu pukul 9.06 pagi.

Sembilan anggota dari Balai Bomba dan
Penyelamat Kuantan bergegas ke lokasi kejadian
selepas menerima laporan itu.

Apabila tiba, pihak bomba mendapati berlakunya
letupan gas selain seorang wanita melecur
sebanyak 50 hingga 80 peratus.

Menurutnya, wanita berkenaan dibawa ke Hospital
Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk
menerima rawatan.