Sebanyak 33 premis sekitar Kuantan diserbu
Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana disyaki
melakukan pengusikan ke atas peti agihan
elektrik; bagi aktiviti perlombongan matawang
kripto Bitcoin sehingga TNB kerugian 3
perpuluhan 2 juta ringgit.

Pengurus Besar (Penjangkaan) Bahagian
Rangkaian Pembahagian TNB; Siti Sarah Johana
Mohd Said berkata pihaknya mendapati premis
tersebut terlibat dalam aktiviti perlombongan
Bitcoin sejak enam bulan lalu.

Ketika serbuan, TNB berjaya mengumpul bahan
bukti daripada 23 premis yang menjalankan
akitiviti perlombongan Bitcoin sementara 10
premis lagi telah menghapuskan bahan bukti
setelah menyedari operasi berkenaan.

Aktiviti perlombongan Bitcoin itu melibatkan
penggunaan rangkaian komputer berkuasa tinggi,
menyebabkan mereka mencuri bekalan elektrik
untuk mengurangkan bil; dengan membuat
sambungan pintasan daripada peti agihan
elektrik secara terus ke dalam premis tanpa
melalui meter.