KOMPAUN JIKA GAGAL KIBAR JALUR GEMILANG

10 OGOS 2018

Peniaga yang gagal mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri pada bulan kemerdekaan ini boleh dikenakan tindakan kompaun 250 ringgit atas kesalahan melanggar syarat lesen Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Ezad Zainal Muhammad Safian berkata, pihak MPK telah mengeluarkan pekeliling kepada semua peniaga sekitar daerah Kuantan untuk  mengibarkan bendera itu di premis perniagaan masing-masing.

Menurutnya, pekeliling yang dikeluarkan itu berkuat-kuasa bermula 1 Ogos hingga 16 September depan.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan peniaga sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini.##

M.H.A