SEORANG KELINDAN PUTUS KAKI KIRI SELEPAS LORI LANGGAR TRELER

10 OGOS 2018

Seorang kelindan putus kaki kiri manakala pemandunya cedera ringgan selepas lori yang dinaiki melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 85 Central Spine Road (CSR) Lipis–Merapoh pada pukul 6 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, ketika kejadian lori yang membawa muatan ayam itu dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

Pemandu lori itu dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk dan ketika kejadian keadaan jalan yang gelap telah menyebabkan lori dipandunya melanggar belakang sebuah treler dari arah yang sama.

Rempuham itu menyebabkan lori yang membawa muatan ayam berkenaan melintangi jalan itu sehingga aliran trafik terpaksa dilencongkan ke laluan lama

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 22 dan 26 tahun itu dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan. ## 

##sumber bernama##

M.H.A