Dua Balai Bomba dan Penyelamat baru sedang dibina dan bakal beroperasi sepenuhnya di Pahang, pada penghujung tahun ini.

 
Pembinaan dua balai bomba itu selaras dengan usaha memudahkan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan bomba dengan segera sekiranya berlaku kebakaran dan bencana alam yang lain.
 
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia     (J-B-P-M) Negeri Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, balai tersebut dibina di Chini, Kuantan dan Pulau Tioman.
 
Menurutnya, tambahan dua buah balai bomba turut bakal dibina di Sungai Koyan dan Kuala Tahan dengan peruntukan sebanyak 32 juta ringgit. 
 
Dalam pada itu,sepanjang tahun 2017, sebanyak seribu 504 premis telah diperiksa di seluruh Pahang dan 462 notis telah dikeluarkan bagi menghapuskan bahaya kebakaran.
 
Katanya, dalam pemeriksaan itu sebanyak 23 premis didapati tidak mematuhi notis dan kes masih dalam siasatan. 
 Selain itu, dua premis dihadap ke mahkamah dan dikenakan denda sebanyak 4 ribu 500 ringgit.