PELANCONGAN COVID

Industri pelancongan Pahang pasca Covid-19 menunjukkan
trend positif dengan kehadiran pelancong domestik.

Ia terbukti apabila tempahan penginapan di hotel-hotel
utama di negeri ini penuh pada setiap hujung minggu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan
Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin
berkata, situasi itu didorong oleh tarikan lokasi-
lokasi pelancongan menarik di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau yakin industri pelancongan akan
pulih walaupun tidak sepenuhnya.

Bagi tujuan itu katanya, kerajaan negeri melalui
Tourism Pahang akan terus menggiatkan promosi dengan
mengetengahkan lokasi menarik sedia ada di negeri ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis
Makan Malam FAM Trip Pasca Covid Siri 3, di Temerloh.

Beliau turut mensasarkan industri pelancongan Pahang
akan pulih melalui program tersebut; dengan penglibatan
individu-individu terkenal dalam aplikasi media sosial.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pelancong
domestik yang terus memberi sokongan kepada industri
pelancongan di Pahang.