MYSEJAHTERA

Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai untuk
mengemaskini aplikasi Mysejahtera masing-masing; bagi
membantu kerajaan membuat pengawasan dalam penularan
pandemik Covid-19.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah
berkata, aplikasi tersebut kini membolehkan fungsi
daftar masuk dilakukan oleh pengguna; dan juga
tanggungan secara serentak apabila memasuki sesuatu
premis.
Katanya, fungsi tersebut dibangunkan bagi memudahkan
dan mempercepatkan proses daftar masuk; selaras dengan
tujuan kerajaan dalam mewajibkan semua individu yang
memasuki mana-mana premis untuk merekodkan kehadiran.
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh
kerajaan untuk membantu dalam pengawasan penularan
wabak Covid-19 di dalam negara; dengan membolehkan
pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, aplikasi itu turut membantu
Kementerian Kesihatan mendapat maklumat awal untuk
mengambil tindakan yang cepat dan berkesan; dalam usaha
memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani
pandemik tersebut.