KASA AIR

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan mengenal
pasti sumber air alternatif seperti kolam atau air
bawah tanah yang selamat digunakan; bagi menambahkan
sumber air sedia ada, sekiranya negara dilanda kemarau
berpanjangan.
Timbalan Menterinya, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal
Muhammad berkata, usaha lain yang akan diambil KASA
ialah memantau paras semua sungai dan empangan yang
membekalkan sumber air mentah ke loji rawatan air di
setiap negeri.
Selain itu katanya, KASA juga akan mengaktifkan segera
Pelan Kontigensi Bekalan Air; sekiranya keadaan paras
sungai dan empangan menyusut kepada paras kritikal.
Mengulas lanjut beliau berkata, sekiranya musim panas
dan kemarau bertambah buruk sehingga menjejaskan sumber
air dan empangan kepada paras bahaya, beberapa langkah
drastik akan diambil.
Antara langkah drastik itu termasuk melaksanakan catuan
bekalan air kepada pengguna, menyediakan keperluan
logistik bagi penghantaran bekalan air; dan
melaksanakan pembenihan awan di kawasan empangan dan
tadahan air.