DISKAUN SAMAN

Sebanyak 51 ribu 178 saman telah dijelaskan orang ramai
susulan diskaun 70 peratus ditawarkan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena bulan kemerdekaan yang
bermula 1 Ogos lalu.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid
berkata, daripada jumlah saman tersebut sebanyak 3
perpuluhan 85 juta berjaya dikutip setakat 15 Ogos
lalu.
Semua saman tersebut dikutip melalui pelbagai saluran
pembayaran JPJ seperti di kaunter, kaunter bergerak,
portal dan kiosk.
Ketika ini katanya, sebanyak 2 perpuluhan 5 juta saman
masih belum dijelaskan, dan JPJ menyasarkan mengutip
kira-kira 200 juta ringgit hasil susulan tawaran
diskaun yang diumumkan sebelum ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong
sebelum ini mengumumkan tawaran diskaun 70 peratus
saman JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) sempena bulan kemerdekaan, bermula 1 Ogos hingga
31 Ogos ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai
dinasihatkan untuk segera mengambil peluang berkenaan
bagi menjelaskan saman tertunggak, dan tidak menunggu
saat akhir bagi mengelak kesesakan.