SOLAT JUMAAT

Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat
Jumaat dan solat berjemaah di Masjid
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB), dijangka diketahui Khamis
ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad
Al-Bakri berkata, garis panduan itu akan
dibincangkan dan diperhalusi dalam satu
mesyuarat bersama Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pandangan berkenaan
kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Majlis
Raja-Raja dan pihak berkuasa negara.

Sementara itu, mengenai solat Hari Raya
Aidilfitri beliau berkata, pihaknya juga
akan berbincang mengenai perkara itu secara
khusus dalam masa terdekat.