PAHANG SOLAT

Sementara itu, Kerajaan negeri Pahang akan
membentangkan cadangan SOP bagi membenarkan
solat Jumaat berjemaah sepanjang PKPB, setelah
diteliti Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),
Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
(MUIP) dan Jabatan Mufti Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam,
Pelajaran dan Kesihatan negeri Datuk Seri Syed
Ibrahim Syed Ahmad berkata, kesihatan dan
keselamatan jemaah menjadi keutamaan dalam
perancangan SOP itu, supaya tidak berlaku
penularan baru wabak COVID-19.

Beliau berkata, antara SOP lain yang difikirkan
perlu jika solat Jumaat dibenarkan adalah;
mewajibkan membawa sejadah sendiri dan
menggunakan penutup hidung dan mulut.

Cadangan tatacara SOP itu akan dibentang kepada
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan
Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), untuk menilai
kesesuaian pelaksanaannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan besar
kebenaran itu akan diberikan secara
berperingkat kepada beberapa masjid terpilih,
daripada keseluruhan 650 masjid di negeri ini,
untuk melihat keberkesanan SOP tersebut
terlebih dahulu.