MPK GELANDANGAN

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menyediakan
pekerjaan kepada 28 gelandangan yang kini
ditempatkan di Pusat Gelandangan Sementara
(PGS) Alor Akar, Kuantan.

Yang Dipertuanya Datuk Hamdan Hussin
berkata, semua gelandangan berkenaan
diselamatkan pada Operasi Selamatkan
Gelandangan dari Covid-19 di bandar ini yang
dilakukan secara berperingkat sejak bulan
lalu.

Namun menurutnya, jumlah gelandangan yang
ditempatkan pusat berkenaan semakin
berkurangan selepas program serahan kepada
keluarga mereka dilakukan dengan kerjasama
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

Katanya, hanya gelandangan sihat dan muda
serta berminat sahaja ditawarkan bekerja
sambilan dengan MPK yang lebih kepada
aktiviti riadah pada hari tertentu sahaja
setiap minggu.

Golongan terbabit diberikan tugas yang
sesuai di tapak semaian MPK di Taman
Teruntum, antaranya menyiram, menyemai, dan
menyapu sampah.