MISI SAIFUL

Penyerang futsal kebangsaan, Saiful Nizam
Mohd Ali meletakkan dua misi peribadi iaitu,
mengekalkan gelaran penjaring terbanyak,
selain membantu Pahang Rangers meraih
kejuaraan sulung Liga Premier Futsal
Malaysia (MPFL) pada musim ini.

Sehubungan itu, beliau berharap dapat
meneruskan momentum cemerlang bersama
pasukan Pantai Timur itu untuk merampas
kejuaraan MPFL daripada Selangor.

Saiful Nizam berkata beliau kena bekerja
keras dan berharap semua pemain dapat
mengekalkan disiplin untuk kekal cergas.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) belum membuat pengumuman rasmi status
pertandingan di bawah kelolaan mereka,
tetapi Setiausaha Agung Stuart Ramalingam
sebelum ini memberi bayangan bahawa
pertandingan MPFL dijangka akan diteruskan
bersama saingan Liga Malaysia pada September
ini.