TEMPATAN: KLUSTER KUANTAN

Kementerian Kesihatan mengenal pasti dua
subkluster saling berkaitan bagi jangkitan
COVID-19 di Kuantan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor
Hisham Abdullah, berkata ia adalah hasil
aktiviti tertumpu dijalankan kementerian
melalui pengesanan, penyaringan dan ujian ke
atas kumpulan sasar berisiko tinggi

Katanya, kluster individu dalam pemantauan
(PUI) Bali di Kuantan itu; membabitkan
golongan pesakit dan beberapa anggota
kesihatan dari sebuah pusat perubatan.

Sehingga 13 April, sebanyak 20 orang sudah
dikenal pasti dalam kluster itu; iaitu 14
orang sedang dirawat di wad Hospital Tengku
Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, dua orang sudah
sembuh, tiga dirawat di unit rawatan rapi
(ICU) dan seorang meninggal dunia.

Daripada jumlah itu, terdapat tiga anggota
kesihatan yang terbabit dalam kluster
tersebut.

Terdapat 339 kontak rapat sudah dikenal
pasti dan ujian saringan COVID-19 dijalankan
termasuk 202 anggota kesihatan.