TEMPATAN : REMAN REMAJA

Remaja lelaki yang membawa mayat teman
wanitanya dengan motosikal sebelum
ditinggalkan di bawah garaj rumah keluarga
gadis terbabit di FELDA Keratong 10 Muadzam
Shah kelmarin; direman selama empat hari
bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi
Superintendan Azari Miskun, berkata kes
berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1)
Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan
hukuman penjara minimum dua tahun dan
maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang 5
ribu ringgit dan tidak lebih 20 ribu
ringgit.

Kes itu juga disiasat mengikut Peraturan 11
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat
Jangkitan) 2020.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati
mangsa meninggal dunia ketika dibawa oleh
suspek dari tempat kejadian di hadapan
kilang sawit FELDA Keratong 3 ke rumahnya.

Manakala, keputusan bedah siasat juga
mendapati mangsa meninggal dunia akibat
kecederaan parah di kepala dipercayai
kemalangan kenderaan bermotor.