TEMPATAN : AGIH IKAN

Hampir 50 pemilik bot nelayan di Kuantan
mengambil inisiatif mengedarkan ikan segar
secara percuma bagi memastikan golongan
terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) masih mempunyai sumber protein dalam
menu seharian mereka.

Wakil pemilik bot itu Abdul Rahim Abdul
Rahman, berkata sejak dimulakan pada Khamis
lepas, mereka telah mengagihkan kira-kira 7
ribu kilogram hasil laut kepada penduduk
sekitar yang diketahui mengalami masalah
kewangan akibat PKP.

Setiap isi rumah yang dikenal pasti akan
menerima antara satu ke satu setengah kilogram
hasil laut seperti ikan selayang, cencaru,
selar, pelaling dan sotong.

Antara kawasan yang terlibat agihan itu, ialah
Indera Mahkota, Sungai Lembing, Cenderawasih,
Kampung Tiram, Bukit Setongkol, Taman Impian
dan Felda Panching dengan penerimanya terdiri
daripada pelbagai latar belakang.