TEMPATAN : POTONG GAJI

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy
Wan Ismail bersama 10 Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri bersetuju memotong 10
peratus gaji mereka selama tiga bulan bagi
membantu rakyat negeri ini yang terkesan
dengan penularan virus COVID-19.

Beliau berkata berdasarkan keputusan
mesyuarat EXCO semalam, potongan itu berkuat
kuasa mulai April ini dan disumbangkan ke
tabung COVID-19 Pahang yang diwujudkan
kerajaan negeri.

Tambah beliau, sumbangan itu diharapkan
dapat mendorong lebih ramai pihak tampil dan
turut menderma bagi membantu mereka yang
memerlukan.

Beliau berkata demikian menerusi satu
kenyataan media, semalam.