TEMPATAN : BANK LEGA

Pada perkembangan lain, Menteri Besar
menyifatkan langkah Bank Negara Malaysia
mengumumkan penangguhan pembayaran pinjaman
selama enam bulan; sebagai melegakan orang
ramai daripada terus terbeban dengan keadaan
ekonomi yang dialami.

Katanya, mereka yang paling terkesan dengan
penularan COVID-19 ialah golongan bekerja
sendiri, peniaga kecil dan mereka yang
bergaji harian; yang kini tidak dapat
meneruskan kegiatan ekonomi ekoran
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) sejak 18 Mac lalu.

PKP dilaksanakan untuk membendung penularan
virus COVID-19 dan semalam, Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan
pelanjutan tempoh pelaksanaannya sehingga 14
April ini.