TEMPATAN : FAMA BELI

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Pahang berusaha membantu pekebun dengan
membeli hasil pertanian mereka yang tidak
dapat dipasarkan; berikutan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) kerana wabak Covid-19.

Pengarah FAMA Pahang, Noh Nik Wan berkata,
selain membeli; pihaknya juga turut membantu
mengadakan mempromosi hasil pertanian terbabit
yang diharap dapat menarik minat pembeli
disemua peringkat.

Menurutnya, pendekatan lain yang turut
dilakukan FAMA ialah aktiviti jualan secara
atas talian bagi memudahkan lagi pihak
tertentu membeli beberapa jenis hasil
pertanian seperti tembikai, jagung dan rock
melon.

Katanya, untuk membantu pekebun tembikai
Kampung Ubai, Kuantan pihaknya membeli empat
tan buah berkenaan dengan harga lantai 70 sen
sekilogram dan pembelian seterusnya dilakukan
secara berperingkat.