TEMPATAN : KESIHATAN KEMALANGAN

Empat kakitangan Pejabat Kesihatan Temerloh
cedera selepas kenderaan pacuan empat roda
dinaiki terbabas di Kilometer 153 Jalan
Kuantan - Kuala Lumpur di Temerloh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu,
empat kakitangan yang menaiki kenderaan itu
dalam perjalanan dari Sungai Ara Mentakab
untuk membuat pemeriksaan jentik-jentik di
Ladang Kawang Lanchang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten
Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, setiba
di tempat kejadian, pacuan empat roda itu
dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas
dan terbalik di bahu kiri jalan.

Bagaimanapun, pemandu pacuan empat roda yang
berusia 36 tahun selamat dan tidak mengalami
sebarang kecederaan.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera
dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
(Hoshas) untuk rawatan lanjut dan kes
disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987.