TEMPATAN : TIADA SAMAN

 

Polis Pahang menafikan rakaman audio walkie
talkie berhubung arahan saman mandatori bagi
kesalahan menaiki kenderaan lebih daripada
seorang dan tidak memakai topeng muka semasa
memandu sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan
Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman
Jusoh@Mohamad Daud berkata, tiada sebarang
arahan berhubung perkara itu diterima setakat
ini.

Menurutnya, penyebaran maklumat tidak benar itu
boleh mengelirukan masyarakat dan ia perlu
dihentikan segera.

Terdahulu, rakaman audio berdurasi 3 minit 55
saat yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp
mengandungi rakaman percakapan seorang 'anggota
polis' melalui alat walkie talkie bagi
memaklumkan berhubung arahan itu kepada anggota
yang bertugas di lapangan.