TEMPATAN : REMPUH POLIS

 

Dalam pada itu, seorang penunggang motosikal
ditahan selepas merempuh sekatan jalan raya Ops
Covid-19 di Jalan Pekan-Kuantan, Pekan pagi
semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek berusia
25 tahun dari Taman Pelangkah, Pekan; terus
memecut dari arah Pekan ke Kuantan dengan
melanggar papan tanda sekatan menyebabkan papan
itu terpelanting dan terkena cermin kenderaan
polis hingga pecah.

Superintendan Kamarulzaman berkata, suspek yang
menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150,
bagaimanapun cuba melarikan diri sebelum
dikejar, namun berjaya ditahan di kawasan Ubai.

Kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang
kecederaan kepada anggota polis bertugas.

Suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut
mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan
1987.