DOA PAHANG

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman meminta umat
Islam berdoa kepada ALLAH SWT supaya Malaysia selamat dan
harmoni sekiranya berlaku perubahan kerajaan.

Beliau turut menasihati rakyat negeri Pahang supaya
bersabar dan menghormati sebarang keputusan serta
pengisytiharan yang akan dibuat Yang di-Pertuan Agong,
Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, beliau berharap penyatuan umat Islam akan
berkekalan dan mempamerkan bahawa Malaysia adalah negara
Islam dalam pemerintahan kerajaan baharu.