FUN FAIR JUDI

Sementara itu, Datuk Seri Dr Abdul Rahman berkata,
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diarahkan menjalankan
siasatan terhadap permainan yang ditawarkan di tapak
pesta ria (fun fair) yang sedang berlangsung di Bandar
Tun Abdul Razak, Jengka sejak minggu lalu.

Arahan itu dikeluarkan susulan bantahan daripada orang
ramai yang mendakwa wujud unsur perjudian dalam permainan
yang ditawarkan di tapak pesta ria itu.

Tambah beliau, dalam keadaan ekonomi tidak menentu,
adalah lebih baik bagi orang Islam menyimpan wang untuk
pendidikan anak-anak daripada membazir di tempat hiburan
seperti itu.

Difahamkan 'fun fair' itu dibuka pada 19 Februari lalu
telah menerima bantahan pelbagai pihak termasuk beberapa
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka,
Razak Daud berkata, surat bantahan terpaksa diserahkan
pihaknya kepada Mufti Pahang kerana meragui halal dan
haram penganjuran pesta ria yang berkonsep permainan
berunsurkan hadiah.

Katanya, pihaknya perlu merujuk perkara itu kepada pihak
Mufti dan JAIP bagi menyiasat penganjuran permainan di
tapak pesta ria terbabit.