PAHANG KEKAL

Tiada sebarang perubahan akan berlaku dalam pentadbiran
kerajaan negeri Pahang, sekiranya berlaku peralihan
kuasa di peringkat persekutuan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
berkata, sekiranya benar berlaku pertukaran Kerajaan
Persekutuan, ia tidak akan memberi kesan terhadap
kepimpinannya di dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan penyerahan
menara tinjau Ikonik Kuantan 188, di Kuantan.
Pada Pilihanraya Umum Ke-14 lalu, BN memenangi 25
daripada 42 Kerusi DUN Pahang, manakala PAS 8 kerusi,
DAP 7 dan PKR 2 kerusi.

Isnin lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan, Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik
Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim
selepas menerima peletakan jawatannya.

Perlantikan tersebut dilakukan sementara menunggu
pelantikan Perdana Menteri yang baharu, selaras Perkara
43 kurungan 2, kurungan A,Perlembagaan Persekutuan.