PERBAHARUI LKM PUSPAKOM

Kementerian Pengangkutan bersetuju meluluskan
pelaksanaan perkhidmatan pembaharuan Lesen
Kenderaan Motor (LKM) di Puspakom, sekali gus
memberi nilai tambah khususnya kepada pelanggan
Puspakom.

Menteri, Anthony Loke berkata, ia merupakan
pendekatan kerajaan untuk memudahkan orang awam
dalam segala urusan berkaitan perkhidmatan
kerajaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ).

Tegasnya, Puspakom dilantik sebagai Ejen
Pemungut Hasil Kerajaan dalam mengendalikan
urusan pembaharuan LKM di 54 pusat pemeriksaan
seluruh negara secara berperingkat.

Jelasnya, inisiatif itu bermula dengan LKM
untuk kenderaan perdagangan ringan had berat dan
muatan (BDM) di bawah 7 ribu 500 kilogram dan
dijangka diperluaskan kepada kenderaan lain dari
semasa ke semasa.