MPK TUTUP PREMIS

Lebih 600 pemilik premis perniagaan di kawasan
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berdepan
tindakan penutupan premis jika gagal
memperbaharui lesen perniagaan, mulai 1 April
depan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat
M-P-K, Norkamawati Kamal berkata, tindakan
penguatkuasaan itu selaras peruntukan Seksyen
101 (1) (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Justeru, katanya, pihak berkuasa tempatan
(PBT) itu akan menggerakkan operasi menutup
premis perniagaan tidak berlesen, sebaik tempoh
pembayaran lesen perniagaan yang diberikan
sehingga 31 Mac ini tamat.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemilik premis
perniagaan yang ingin mendapatkan maklumat
lanjut boleh menghubungi MPK di talian
09-512-15-55 atau melayari laman sesawang di
www.mpk.gov.my.