FARMASI EDAR TOPENG

Sebanyak 60 ribu swab alkohol dan 3 ribu topeng
muka akan diedarkan secara percuma kepada warga
Kuantan, pada Ahad ini.

Inisiatif tersebut dibuat oleh sebuah farmasi di
Jalan Dato' Lim Hoe Lek di Kuantan sebagai
tanggungjawab sosial bagi mengelak penularan
wabak korona-virus.

Ahli Farmasi, Esther Fong berkata, pihaknya mahu
membantu masyarakat demi kesihatan dan
keselamatan dengan mengetepikan keuntungan.

Edaran tersebut akan bermula pada jam 9.30 pagi
sehingga habis atau sehingga jam 10 malam.