SAH BERSAMA PAHANG

Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengesahkan dua
pemain pinjaman, Fazly Mazlan dan S Kumaahran
dari Johor Darul Ta’zim (JDT), masih belum
bersama skuad berkenaan.

Namun, Dollah berkata, dua pemain itu sah
menyarung jersi Pahang sekali gus diyakini mampu
memperkemaskan skuad itu bagi mengharungi Liga
Malaysia (Liga M), musim ini.

Menurutnya, kedua-dua pemain itu dijangka tiba
minggu ini untuk bersama rakan lain menjalani
latihan.

Pahang akan memulakan saingan Liga Super apabila
melayan kunjungan Selangor di Stadium Darul
Makmur, 29 Februari ini.