ARAB SAJAD

Kerajaan khuatir dengan keselamatan usahawan
kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzaman yang kini
dilaporkan masih berada di Arab Saudi.

Tindakan Muhammad Sajad yang juga dikenali
sebagai Sajat, yang secara terbuka memuatnaik
gambarnya berpakaian seperti seorang wanita di
media sosial, boleh menyebabkan beliau
dikenakan tindakan di negara berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Fuziah Salleh berkata, tindakan Sajat yang
menimbulkan kontroversi itu juga boleh
mengeruhkan hubungan dua negara antara Arab
Saudi dan Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika
program Kembara Malaysia Rahmah 2020, di Dewan
Terbuka Laman Kalbu, di Maran.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
juga bersedia untuk bertemu dengan dengan Sajat
sebaik beliau pulang ke Malaysia, bagi membantu
menyelesaikan isu terbabit.