PELANCONG CORONAVIRUS

Kerajaan Pahang merujuk dan mendapatkan
nasihat daripada Jabatan Kesihatan, dalam
membuat program berskala besar, yang
membabitkan orang ramai susulan penularan
coronavirus ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam
Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri
Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, setakat ini
program yang dirancang akan diteruskan.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan membuat
keputusan terburu-terburu termasuk membatalkan
program atas keputusan sendiri, tanpa merujuk
Jabatan Kesihatan.

Sebelum ini, kerajaan negeri Johor dilaporkan
menangguh semua program perhimpunan awam
berskala besar anjurannya, sepanjang Februari
bagi mengelak risiko penularan coronavirus.