PEKEBUN RAYU

Kira-kira 70 pekebun dari Lembah Bertam,
Cameron Highlands merayu Kerajaan Pahang
mempertimbangkan semula notis pengosongan kebun
di atas tanah kerajaan, sebaliknya meminta
penyelesaian secara “menang-menang”.

Memorandum rayuan kepada Menteri Besar, Datuk
Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut diserahkan dan
diterima Setiausaha Menteri Besar, Nordin
Ibrahim kira-kira jam 9 pagi tadi.

Wakil Pekebun, Khor See Keat berkata, notis
dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang,
diterima pihaknya pada 10 Januari lalu kerana
menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran pihak
berkuasa negeri.

Namun beliau menyifatkan tempoh 30 hari terlalu
singkat, berikutan jangkaan tuaian hasil kebun
untuk musim ini kira-kira enam bulan lagi.

16 Januari lalu, Ops Lestari 2 dilancarkan;
bagi menggempur aktiviti penerokaan tanah
secara haram, di kawasan tadahan air Kuala
Terla, Sungai Ichat di Cameron Highlands.