BAWA PULANG

Kerajaan akan membawa pulang lebih 80 rakyat
Malaysia yang masih berada di Wuhan China
dalam kadar segera setelah bandar raya
tersebut kini ditutup susulan penularan
coronavirus atau 2019-nCoV.

Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kini dalam
peringkat akhir perbincangan bersama
Kementerian Luar Negeri China sebelum operasi
membawa pulang dilaksanakan.

Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin
Abdullah, kerajaan China telah memberi
kerjasama baik hasrat kerajaan Malaysia itu
dan keputusan mengenai tarikh dan waktu bagi
operasi membawa pulang tersebut dijangka akan
diumumkan oleh Nadma dalam waktu terdekat ini.