TAPAK LYNAS

Kerajaan Pahang meluluskan tapak pelulusan
kekal rawatan sisa buangan firma Australia,
Lynas Corp Ltd, yang memenuhi salah satu
syarat utama meneruskan operasinya di negara
ini.

Lynas, satu daripada pengeluar nadir bumi di
luar China, berkata Gading Senggara
Sendirian Berhad dilantik untuk menguruskan
projek bernilai 400 juta ringgit itu.

Ogos tahun lalu, Malaysia memperbaharui
lesen operasi kilang memproses Lynas untuk
enam bulan dengan syarat baharu mengenal
pasti tapak kemudahan kekal bagi menyimbang
sisa radioaktif tahap rendah.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom meminta Lynas
membentangkan rancangan untuk menubuhkan
kemudahan perekahan dan pelunturan luar
negara dalam tempoh empat tahun daripada
lesen diperbaharui.

Lynas minggu lalu berkata, ia berada dalam
landasan untuk mendapatkan lesen memproses
yang diperbaharui pada Mac.