TEMPATAN:RPA PELAJARAN

Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak-anak
secara keterlaluan dalam perihal pelajaran; kerana
dibimbangi boleh memberi kesan psikologi.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah bertitah, perkara itu dibimbangi
akan menyebabkan anak itu mengalami tekanan atau
depresi; sehingga membawa kepada kejadian lebih buruk.

Titah baginda lagi, anak-anak hanya melalui zaman
kanak-kanak sekali sahaja, dan perlu diberikan masa
untuk bermain serta menikmati masa gembira, dengan
pengawasan daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru.

Raja Permaisuri Agong bertitah demikian semasa berucap
pada Majlis Apresiasi Pendidikan Kali ke-16 Sekolah
Kebangsaan Tunku Azizah di Indera Mahkota, Kuantan.

Pada majlis itu, baginda juga berkenan mencemar duli
mengurniakan 149 anugerah kecemerlangan kepada 145
penerima, tujuh anugerah cemerlang Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) 2018, dan 11 anugerah Tokoh
Murid.