TEMPATAN:BEDAH KATARAK

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh
mencipta sejarah menjalankan pembedahan katarak
terbesar di Malaysia.

Menurut Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Sha'ari
Ngadiman, dalam tempoh dua hari bermula Jumaat lalu,
sebanyak 120 pembedahan dilakukan melibatkan pesakit
dari Pahang, yang berusia 60 tahun ke atas.

Jelasnya, majoriti pesakit terdiri daripada golongan
berpendapatan rendah (B40) yang menerima bantuan kanta
untuk katarak, di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk
kumpulan B40.

Beliau berkata, pembedahan itu melibatkan sembilan
pakar bedah dari HOSHAS, Hospital Tengku Ampuan Afzan
(HTAA) Kuantan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat
Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta
dibantu 70 kakitangan kesihatan.

Beliau juga memaklumkan peningkatan jangka hayat
penduduk di Malaysia secara tidak langsung memberi
kesan kepada peningkatan kepada penyakit tidak
berjangkit termasuk katarak.

Tambahnya, Jabatan Kesihatan Pahang akan terus komited
memperbaiki mutu perkhidmatan kepada rakyat; termasuk
menerusi aktiviti promosi kesihatan, persediaan fasiliti kesihatan

dan pembelian aset baharu dihospital serta klinik kesihatan.