TEMPATAN : DERITA KANSER TULANG

Baru berusia tujuh tahun, namun, Mohamad Afif
Ilyas Mohd. Khaidir terpaksa melalui ujian besar
apabila kaki kirinya dipotong akibat kanser
tulang.

Susulan pembedahan pada Mac lalu, menyebabkan
anak ketiga daripada lima beradik itu kini hanya
mampu bermain dan berjalan dengan sebelah kaki
tanpa bantuan kaki palsu.

Ibunya, Rosidah Kamisan, 36 tahun berkata, dia
tidak menyangka kesakitan di kaki kiri anaknya
yang terkena sepakan rakan ketika bermain itu,
membawa detik hitam sehingga tidak dapat
meneruskan persekolahan.

Beliau yang ditemui di rumahnya di Taman Setia
Jasa, Temerloh berkata, pada masa ini, anaknya
itu masih mendapatkan rawatan susulan di
Hospital Kuala Lumpur (H-K-L) dan Hospital
Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh serta
memerlukan susu khas setiap hari.

Menurutnya, bermula bulan ini, dia menerima
bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat (J-K-M).

Bagi sesiapa ingin menyumbangkan bantuan, boleh
menyalurkan ke akaun Bank Islam Rosidah Kamisan
di 060-280-248-804-40 atau terus menghubunginya
di talian 019-948-5141.