SUKAN : BOLASEPAK PANTAI

Kurang sebulan selepas merangkul kejuaraan
Terbuka Selangor Pesta Sukan Gen-S 2019, pasukan
Cherating melakar kejayaan terbaru dalam
Kejohanan Bola Sepak Pantai Liga Kemaman 2019.

Kali ini, pasukan Cherating muncul juara
kejohanan terbabit apabila membenam Geliga
Pantai 4-2, pada pusingan akhir yang berlangsung
di Pantai Kemaman, sekali gus membawa pulang
satu ribu ringgit, pingat dan piala pusingan.

Kejohanan bermula Mac lalu membabitkan
20 pasukan di sekitar Kemaman serta satu pasukan
jemputan dari Cherating, Pahang.

Ketua Pasukan Cherating, Mohd Abbi llmi Ramle
berkata, pasukan itu dibarisi pemain muda dari
Cherating yang giat menjalani latihan hingga
peringkat akhir.