TEMPATAN : AIS NELAYAN

Persatuan nelayan di Kuantan meminta kilang ais
Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menambah
pengeluaran blok air batu atau mendapatkan
bekalan dari luar bagi memenuhi permintaan
nelayan tempatan.

Setiausaha Persatuan Perikanan Kuantan,
Teoh Boon Guan berkata, masalah itu memerlukan
penyelesaian jangka panjang kerana sudah
berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan
menyebabkan kerugian kepada nelayan.

Beliau mendakwa, tangkapan hasil laut antara
September hingga November boleh mencecah
sehingga 20 tan, berbanding hanya tujuh tan pada
bulan lain.

Peningkatan hasil tangkapan itu menyebabkan
pihaknya memerlukan sekitar 3 ribu blok air batu
sehari, sedangkan kilang ais Persatuan Nelayan
Kebangsaan (NEKMAT) difahamkan hanya mampu
menghasilkan 1 ribu 200 blok ais sehari.