TEMPATAN : SERANGAN BIAWAK

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun
cedera diserang biawak di Kampung Salang, Pulau
Tioman, Rompin.

Akibat kejadian itu, kaki kanan mangsa, Faliq
Iman Mohd. Fadhirul Izwan luka dan berdarah.

Bapa mangsa, Mohd. Fadhirul Izwan Mat Saridan
berkata, ketika kejadian anaknya berada
berhampiran chalet tempat kerjanya.

Beliau hanya menyedari kejadian itu selepas
anaknya menjerit dan mendapati biawak sepanjang
lebih 1 perpuluhan 5 meter sedang mengigit
kakinya.

Dia kemudian bertindak menyepak biawak itu
berberapa kali sebelum reptilia itu melepaskan
gigitan pada kaki anaknya.

Sejurus itu, Faliq Iman dikejarkan ke Klinik
Tekek untuk rawatan; sebelum dirujuk ke pusat
perubatan untuk tindakan susulan.