TEMPATAN : PENCURI BALAK DIDAKWA

Seorang pemandu lori dan kelindannya yang
membawa muatan tujuh balak spesies keruing yang
dicuri bernilai lebih 12 ribu ringgit di Jalan
Muadzam Shah-Bahau, Negeri Sembilan bakal
berdepan tindakan undang-undang.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang,
Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata,
kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu
didapati memindahkan balak berkenaan di Hutan
Simpan Ibam ke negeri jiran.

Menurutnya, mereka akan didakwa mengikut Seksyen
15 Akta Perhutanan Negara (A-PN) 1984 dan jika
sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda
500 ribu ringgit atau penjara 20 tahun atau
keduanya sekali.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau
berkata, semua bukti dan kertas pertuduhan kini
sedang disediakan pegawai penyiasat bagi
tindakan seterusnya.