TEMPATAN : RANGKAIAN PEMASARAN PETANI

Ketidakstabilan harga pasaran dilihat terus
menjadi masalah buat petani khususnya penanam
sayur bumiputera di negeri ini.

Rata-rata daripadanya terpaksa menanggung
kerugian ekoran harga pasaran yang rendah.

Pengarah Pertanian Negeri, Datuk Zahimi Hassan
berkata, dalam memastikan petani di negeri ini
tidak terbeban dengan harga yang tidak stabil
pihaknya akan mewujudkan sistem rangkaian khusus
bagi membantu memasarkan hasil pertanian mereka.

Jelasnya, langkah itu akan dimulakan dengan
petani cili besar sebelum dilaksanakan buat
tanaman lain.