SUKAN : PAHANG TANPA DOLLAH

Ketiadaan Dollah Salleh selama dua minggu kerana
mengikuti kursus kejurulatihan di Jepun tidak
mengganggu persediaan Pahang menghadapi aksi
separuh akhir Piala Malaysia pada 19 dan 26
Oktober ini.

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang
berkata, ini kerana dua penolong jurulatih,
Ahmad Shaharuddin Rosdi dan Shahrulnizam Sahat
mampu memikul tanggungjawab itu.

Bermula 1 Oktober hingga 14 Oktober ini, Dollah
yang juga bekas pemain kebangsaan mengikuti
kursus kejurulatihan di Jepun.

Skuad Pahang juga tanpa enam pemain,
masing-masing Matthew Davies, Norshahrul Idlan
Talaha, Nor Azam Azih dan Mohamadou Sumareh yang
bersama skuad Harimau Malaya.

Dua pemain import pula, masing-masing Saddil
Ramdani dan Safuwan Baharudin bersama skuad
Indonesia dan Singapura.