TEMPATAN : CURI PATIN SANGKAR

Penternak patin sangkar di Pulau Keladi, Pekan kerugian
puluhan ribu ringgit selepas terbakan patin sangkar
mereka dicuri.
Menurut penternak ikan patin sangkar, Rahasen Ahmad, dia
kerugian 5 ribu ringgit sejak bulan lalu apabila 250
kilogram ikan patin ternakannya dicuri.
Beliau yang memulakan ternakan patin sangkar sejak tiga
tahun lalu, tidak menafikan perbuatan itu dilakukan
penduduk tempatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Suprintendan
Mohd Razli Yusof ketika dihubungi mengesahkan laporan
polis dibuat penternak patin sangkar berkenaan.
Siasatan dijalankan bagi mengesan individu bertanggung
jawab, termasuk mengambil keterangan mangsa.